SURI RUMAH

Afie dapat cerita ni dari wall kump. Geng Mesin Jahit.
so afie nak share kat blog juga supaya kita dapat renungkan bersama terutama para suami yang anggap isterinya tak buat ape2 sebab surirumah

Kaunselor : Apakah pekerjaan Encik Zainal?
Encik Zainal : Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank.

Kaunselor : Halimah pula?
Encik Zainal : Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja.

Kaunselor : Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?
Encik Zainal : Halimah yang sediakan sebab dia tak kerja.

Kaunselor : Pukul berapa Halimah bangun untuk sediakan sarapan??
Encik Zainal : Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.

Kaunselor : Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana??
Encik Zainal : Halimah yang hantar sebab dia tidak bekerja.

Kaunselor : Selepas hantar anak-anak, Halimah buat apa?
Encik Zainal : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Halimah kan tak bekerja.

Kaunselor : Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan?
Encik Zainal : Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.

Kaunselor : Apa Halimah buat?
Encik Zainal : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit. Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.

 Berdasarkan cerita di atas, anda rasa siapa yang lebih banyak bekerja?? Rutin sehatian Halimah bermula dari sebelum Subuh sehingga lewat malam, itu juga dikatakan TIDAK BEKERJA?? Suri rumah memang tidak perlukan segulung ijazah atau pangkat yang besar, tetapi peranan suri rumah sangat penting!!! ~~

2 ulasan:

Unknown berkata...

Saya suka cerita ni....kalau saya pula suami faham dan banyak bantu saya terutama ketika saya sibuk menjahit hingga tak tidur malam...kalau off day dia bermakna off day sayalah, dialah yang membuat kerjarumah dari pagi ke malam ... saya akan buat kerja saya sahaja...tapi keluarga mertua yang tak faham selalu kata "aah orang dok rumah aje bukannya ada ape kerja"....sedangkan saya tinggalkan kerja saya dulu yang gajinya 4x ganda gaji suami hanya untuk memenuhi permintaan suami yang mahu anak-anak dijaga sendiri oleh saya bukannya pengasuh, tak kisah hidup sederhana asalkan anak-anak terbela.....

afie berkata...

setuju. saya pon nasib bak suami agak memahami.
dia akan tolong sikit2 kerja rumah.
cuma org lain yg tak paham. ingat org yang dok rumah ni tak de buat apa? ckp duduk rumah goyang kaki je