*PAHALA WANITA
MENGANDUNG
Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan daripadanya 1,000 kejahatan.
* PAHALA WANITA BERSALIN
Apabila seseorang perempuan mula sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.
* KELEBIHAN MELAHIRKAN ANAK
Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
* KELEBIHAN MEYUSUKAN ANAK
Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
* PAHALA MEMELIHARA ANAK
Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberikannya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.
* GANJARAN MENOLONG SUAMI
Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya.
* GANJARAN WANITA SOLEHAH
Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
* GANJARAN MENTAATI SUAMI
Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang di kehendaki dengan tidak berhisab.
* KELEBIHAN SEORANG IBU
Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
Allahu akbar, itu semua adalah ganjaran oleh Allah s.w.t. bagi mereka yang ikhlas melaksanakannya dengan hati yang terbuka. Sekiranya, seseorang isteri dan ibu itu tahu betapa besarnya ganjaran pahala yang akan diterima kelak, sudah pasti tidak akan ada perbuatan membuang bayi, membunuh bayi dan sebagainya. Anak merupakan saham di alam akhirat kita kelak.
Para suami dan anak-anak, sedar dan fahamilah pengorbanan seorang isteri dan ibu dalam menjalani kehidupan seharian. Sekiranya suami mahu sama-sama ringankan tangan untuk membantu, syukur. Berilah penghargaan dalam bentuk material atau hadiah, itu dikira cukup baik. Paling tidak, penghargaan dalam bentuk kata-kata, sikap dan belaian mesra pun amat tinggi harganya. Mereka ini tidak menuntut bayaran sesen pun dari suami bagi kerja-kerja yang dibuatnya, namun balasan Allah s.w.t. adalah ganjaran yang paling berharga
Memaparkan catatan dengan label RENUNGAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label RENUNGAN. Papar semua catatan
SURI RUMAH
Afie dapat cerita ni dari wall kump. Geng Mesin Jahit.
so afie nak share kat blog juga supaya kita dapat renungkan bersama terutama para suami yang anggap isterinya tak buat ape2 sebab surirumah
Kaunselor : Apakah pekerjaan Encik Zainal?
Encik Zainal : Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank.
Kaunselor : Halimah pula?
Encik Zainal : Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja.
Kaunselor : Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?
Encik Zainal : Halimah yang sediakan sebab dia tak kerja.
Kaunselor : Pukul berapa Halimah bangun untuk sediakan sarapan??
Encik Zainal : Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.
Kaunselor : Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana??
Encik Zainal : Halimah yang hantar sebab dia tidak bekerja.
Kaunselor : Selepas hantar anak-anak, Halimah buat apa?
Encik Zainal : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Halimah kan tak bekerja.
Kaunselor : Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan?
Encik Zainal : Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.
Kaunselor : Apa Halimah buat?
Encik Zainal : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit. Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.
Berdasarkan cerita di atas, anda rasa siapa yang lebih banyak bekerja?? Rutin sehatian Halimah bermula dari sebelum Subuh sehingga lewat malam, itu juga dikatakan TIDAK BEKERJA?? Suri rumah memang tidak perlukan segulung ijazah atau pangkat yang besar, tetapi peranan suri rumah sangat penting!!! ~~

WANITA DAN SUARA
Kecantikan wanita bukan hanya terletak pada wajah malah ianya merangkumi aspek akhlak dan keperibadiannya.kita sememangnya digalakkan memjaga budi bahasa namun sebagai wanita ianya harus dilakukan mengikut adab yang tertentu supaya tidak menimbulkan syak pada orang lain.malah kaum wanita juga dilarang menggunakan suara mereka untuk tujuan yang melalikan seperti menyanyi dan bersyair yang menyentuh jiwa
FIRMAN ALLAH swt yang bermaksud :
"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik"
[al-ahzab:32]
Rasulullah saw bersabda:
"Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arakyang mereka namakan dengan yang lain iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian dan penyanyi perempuan,maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi"
[Hadis riwayat ibnu majjah]

Langgan:
Catatan (Atom)