TIPS MENERBIT DAN MENJANA IDEA

Wah bunyinya macam pro je yang nak beri maklumatkan...

sebenarnya afie dapat ni dari sebuah buku yang sangat menarik.
tajuknya 'BUAT DUIT DARI RUMAH'.
afie dah baca habis n afie nak share satu tajuk ni.
semoga boleh dijadikan panduan oleh semua yang ingin / sedang berusaha untuk memulakan kerjaya dari rumah macam afie ni.

rahsia/tip untuk menjana idea.

1. kita perlu sentiasa berada dalam gelombang alfa. gelombang alfa tu apa ek ?
gelombang alfa ialah tahap dimana kita berda dalam keadaan santai seperti sedang berehat sambil menikmati pemandangan, selepas bersembahyang ataupun ketka kita sedang mendengar muzik yang mempunyai alunan yang merdu.

2. kita perlu sentiasa mendapatkan maklumat terbaru. kita juga perlu pastikan bahwa maklumat yang kita perolehi itu berguna kepada orang lain. kita juga boleh dapatkan ilmu-ilmu yang boleh menjana pendapatan seperti jika kita tahu berkebun kita boleh menulis mengenai cara-cara berkebun. begitu juga jika kita pandai memasak kita boleh menulis mengenai dunia masakan/makanan.

3.belajar daripada orang lain. kita boleh dapatkan seberapa banyak maklumat dan ilmu daripada orang lain. selain darpada orang lain kita juga boleh dapatkan buku daripada serata tempat di dunia.

4.catatkan seberapa banyak perkara dan banyakkan latihan menulis dan mengarang ayat. pada awalnya mungkin kita tak berapa pandai tapi lama-kelamaan dengan usaha yang berterusan kita pasti dapat menulis dengan baik.

5.banyakkan membaca buku motivasi kerana dengan cara ini kita dapat meningkatkan keyakinan dan sentiasa bersemangat.

6.peka pada permintaan pelanggan. bermakna kita harus sentiasa utamakan kehendak dan kemahuan pelanggan. selalu minta pendapat dan komen dari pelanggan....


hah... inilah tip-tipnya. ada beberpa perkara yang afie ubah untuk menyesuaikan dengan keadaan dan keperluan tapi ianyua masih mempunyai maksud yang sama.

happy sharing !

Tiada ulasan: