TIPS : CARA MEMBUAT BELIAN ONLINE

SALAM SEMUA.Hari ni Afie nak bagi sedikit panduan untuk membeli belah secara online. Bukan apa, memandangkan ada segelintir pihak yang suka menipu maka tempiasnya terkena juga pada usahawan-usahawan online yang jujur.

1. jika anda sudah membuat pilihan untuk membeli secara online, pastikan dulu peniaga itu benar atau tidak. caranya ? google jelah nama / alamat / no tel / no akaun atau sebagainya. maka pasti akan keluar semua cerita pasal peniaga tersebut.

2. bila buat bayaran secara bank-in, sila amik dan simpan resit tersebut dengan baik.

3, jika buat bayaran secara online, pastikan dulu yang print anda berfungsi supaya anda boleh print rekod bayaran dan menyimpannya.jangan dah buat bayaran baru nak cek print ye.

4. pastikan anda meminta alamat peniaga supaya jika terjadi kejadian tidak diingini, anda tahu dimana untuk mencari peniaga tersebut.


oklah. inilah sebagian kecil perkara remeh yang mungkin anda dah tahu TAPI anda selalu lupa nak buat.

Tiada ulasan: