Tips untuk Saiz Jarum Mesin Jahit Mudah Alih & Mesin Jahit Industri


Saiz No.9 : Sesuai utk kain yg sangat nipis spt chiffon, etc
Saiz No.11: Sesuai utk kain yg nipis/ licin, kain baju kurung 
Saiz No.13: Sesuai utk kain biasa, cotton, baju melayu, etc
Saiz No.14: Sesuai utk kain biasa, cotton, seluar slack, etc
Saiz No.16: Sesuai utk kain sederhana tebal, langsir, tepi seluar
Saiz No.18: Sesuai utk kain tebal, jeans, kulit, beg, etc
Ball Point Needle Saiz 11: Sesuai utk Kain Lycra yg nipis, licin
Ball Point Needle Saiz 13/14: Sesuai utk Kain Lycra standard

Sila pastikan anda menggunakan saiz dan jenis jarum yg bersesuaian dengan mesin jahit dan jenis kain yg hendak dijahit. Berikut adalah contoh beberapa masalah yg mungkin dihadapai jika anda menggunakan jenis atau saiz jarum yg tidak tepat.

1. Jarum saiz 11 akan patah serta merta jika digunakan untuk menjahit kain jeans. Juga akan mengakibatkan kerosakan kpd Bobbin Case atau Rotary Hook apabila jarum terkena peralatan tersebut dan patah. Sekiranya Bobbin Case atau Rotary Hook menjadi calar, jahitan akan menjadi kurang cantik dan bersimpul sekali-sekala walaupun jarum yg baru ditukar.

2. Kain nipis seperti kain baju kurung akan rosak dan mempunyai kesan tebuk sekiranya anda gunakan jarum saiz 18 utk menjahit baju kurung.

3. Jika anda gunakan jarum biasa untuk menjahit kain lycra, anda akan mendapati jahitan melangkau/ melompat/ tidak melekat. Ini bukan masalah mesin jahit anda. Anda wajib gunakan Jarum Emas/ Gold Needle/ Ball Point Needle untuk menjahit kain lycra. Namun utk mesin jahit industri, anda boleh gunakan jarum biasa sahaja kerna sistem rotary hook utk mesin industri adalah berbeza dgn mesin jahit mudah alih.

Sila rujuk link berikut untuk maklumat lanjut, senarai jarum mesin jahit dan harga jualan.
link

Tiada ulasan: